6 Aset Wanita Goda Lelaki

Spices Of Heart/

6 Aset Wanita Goda Lelaki|Saat melihat seseorang wanita,lelaki biasanya memusatkan perhatian kepada beberapa aset yang ada pada wanita bagi memutuskan tindakan lanjut samada mendekati dan menghulurkan salam perkenalan atau pun menjauhkan diri.

Oleh itu sebagai wanita,anda seharusnyalah menjaga dan menggunakan aset yang mampu menarik perhatian dan menggoda lelaki sebaik mungkin.

Antara aset-aset pada diri wanita yang sering diperhatikan dan membuat lelaki mudah tergoda adalah seperti berikut ini..


Senyuman
-Senyuman diakui memiliki daya tarikan tersendiri kepada sesiapa saja.Lelaki suka melihat senyuman yang tulus dari seseorang wanita.Ia menandakan wanita itu seorang yang mesra dan senang bergaul dengan orang lain.

Tatapan Mata
-Dari mana datangnya cinta,dari mata turun ke hati.Dari mana datangnya godaan wanita,dari tatapan mata yang dramatis.Lelaki sebenarnya kagum melihat wanita yang berani bertentangan mata.Tatapan mata wanita yang galak dan bercahaya memberi makna bahawa wanita itu seorang yang bersedia dan sentiasa ceria menjalani hidupnya.

Kulit
-Rata-rata lelaki melihat bahawa kulit wanita yang cerah menandakan seseorang wanita itu seorang yang sihat dan tahu menjaga serta merawat kecantikan tubuhnya.

Rambut
-Rambut sememangnya mahkota wanita yang mampu mempengaruhi penampilan dan gaya.Secara umumnya juga,lelaki berpendapat rambut wanita yang lebat menandakan yang wanita itu bijak dalam menjaga penampilan diri secara keseluruhannya.

Nada Suara
-Suara wanita yang lembut dan menggoda mampu mencairkan hati lelaki.Tetapi sebuah penelitian yang dibuat mendapati lelaki lebih meminati wanita yang memiliki nada suara yang tinggi.Ia seolah-olah melambangkan keyakinan dan rasa percaya diri yang teguh ada dalam diri seseorang wanita itu.

Saiz Pinggang
-Lelaki memang mudah tertarik melihat bentuk badan wanita seumpama jam pasir.Saiz pinggang wanita yang berukuran lebih kecil dari bahagian pinggul dilihat sebagai wanita yang memiliki kesuburan yang baik.


Kaum lelaki pada kebiasaannya akan senang hati untuk mendekati dan memulakan langkah untuk cuba menjalinkan hubungan dengan wanita yang membuatnya tertarik pada pandangan pertama.

Jadi ternyatalah,wanita yang sedia menarik perhatian dan menggoda lelaki dengan tepat adalah wanita yang mampu tampil sihat,cergas dan ceria di mata lelaki.

Ulasan

  1. kalau saya yang paling saya suka dari perempuan adalah senyum, rambutnya dan dan tentunya ukuran pinggangnya sob

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki