5 Kesan Negatif Jatuh Cinta
(Imej:korry_2006 Photobucket) 5 Kesan Negatif Jatuh Cinta |Oh! Jatuh cinta rupa-rupanya bukan hanya sekadar permasalahan hati dan perasaan saja. Bila diri dilamun rasa cinta pada seseorang juga berupaya memberikan kesan positif dan juga kesan negatif bagi kesihatan seseorang individu. Menyentuh mengenai kesan positif jatuh cinta,pasti ramai yang tahu.Tetapi tentu tidak ramai yang menyedari akan kesan-kesan negatif yang akan muncul bila jatuh cinta. Sebagai rujukan,berikut ini 5 kesan negatif jatuh cinta bagi kesihatan: 1.Sukar Tidur Saat dilamun cinta,tidak kurang dari anda yang mengalami kesukaran untuk tidur. Hal ini terjadi kerana berlakunya produksi hormon dopamin dan norepinefrin yang terlalu banyak ketika anda mengalami rasa suka,teruja,dan keasyikan jatuh cinta. Itulah sebabnya anda memiliki banyak energi,sukar tidur selama berhari-hari dan wajah jadi merah merona. 2.Kurang Selera Makan Dalam beberapa kejadian,jatuh cinta ternyata mampu menjadi berbaha...