Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi/Pedoman

Inilah Yang Harus Dilakukan Dalam Hubungan Anda Sebelum Terlewat

Imej
Pernahkah anda mengimpikan akan adanya keajaiban dalam hubungan anda dan pasangan agar bertahan lama dan kekal bahagia? Jika adanya sesuatu yang bernama 'keajaiban' maka tiada lagi lah masalah dan kesedihan dalam setiap percintaan.. Tetapi sedangkan laut ada pasang surutnya,begitu jugalah dengan percintaan,ada masa bahagia ada masanya masalah melanda. Ketika masalah melanda janganlah pula kita menganggap diri sendiri malang dan sebagainya. Lihatlah di sekeliling kita,pastinya ada pasangan yang kekal lama dan bahagia. Mungkin datuk dan nenek kita,ibu bapa sendiri,saudara mara atau pun kawan-kawan. Kita boleh belajar bagaimana mereka menjaga hubungan mereka yang bertahan lama,kekal dan bahagia. Penulis juga melakukan hal yang sama dalam meneruskan kehidupan bersama pasangan. Belajar dan mengambil panduan daripada mereka yang terdahulu juga di sekeliling. Dan berikut ini penulis kongsikan beberapa tips mudah hasil daripada pengalaman sendiri dan pasangan lain sebagai sed...

53 Petua Suami Disayang Isteri

Imej
53 Petua Suami Disayang Isteri |"Sesungguhnya kasih sayang dan cinta seorang isteri adalah 'super power' yang tiada bandingannya buat seorang suami menjadi suami yang terbaik". Menyedari hakikat tersebut,kali ini saya ingin berkongsi sejumlah petua atau pedoman buat semua yang bakal dan yang bergelar suami bagaimana menjadi seorang suami yang dikasihi,disayangi dan dicintai isteri. Berikut 53 petua berguna yang saya senaraikan hasil dari pembacaan beberapa bahan bacaan mengenai alam rumahtangga. 1. Berhiaslah untuk isteri anda sebagaimana anda senang apabila ia berhias untuk anda. 2. Merayu isteri,bermesra dan bercanda dengannya. 3. Gauli isteri dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. 4. Penuhi keinginannya untuk berbicara dan berbual-bual. 5. Panggillah isteri dengan nama atau gelaran kesukaannya. 6. Jauhilah sikap emosional dan panas baran. 7. Buatlah isteri anda rasa aman dan tenang. 8. Membuatnya gembira dengan pemberian yang mengejutkan. ...

Ingin Bahagia? Ikut Trik Ini

Imej
Ingin Bahagia? Ikut Trik Ini -Kebahagiaan itu hak setiap orang yang hidup di muka bumi ini.Bahagia juga bukan satu ketentuan tapi pilihan dari diri sendiri.Jika ingin bahagia,jadi hiduplah dengan komitmen dan usaha ke arah kebahagiaan,maka secara tak langsung anda pasti merasa bahagia.Ini hukum alam yang memang sukar di sangkal. Tetapi hukum alam juga tak terjadi begitu saja.Perlu ada kemahuan dan tindakan barulah hukum alam akan menyebelahi kita.Lalu apakah tindakan yang boleh dilakukan agar bahagia itu datang?Apakata anda teliti beberapa trik mudah berikut.. Buatlah Apa Yang Anda Suka -Apa yang anda suka lakukan?Apa hobi anda?Tanya pada diri dan buatlah daftar ringkas tentang perkara-perkara yang anda sukai.Lakukanlah apa yang anda sukai mengikut kesesuaian masa dan upaya anda.Usah memaksa diri,lakukanlah satu persatu.Bila anda sentiasa melakukan apa yang anda suka,lihatlah bagaimana semangat hidup anda berkembang.Hidup yang sentiasa bersemangat pastinya akan membuat diri anda...

Tanda Perempuan Gila Jantan

Imej
Tanda Perempuan Gila Jantan -Dalam dunia ini penuh dengan manusia yang bermacam-macam ragam.Lelaki dan wanita masing-masing punya perangai dan ragamnya sendiri.Ada lelaki yang baik untuk perempuan dan ada perempuan yang baik untuk lelaki.Ada lelaki tak baik buat perempuan dan ada perempuan tak baik buat lelaki. Ingatlah pesan orang-orang tua,memilih pasangan jangan sebarangan.Tepat pilihan- fikiran tenang,hati senang,hidup aman.Salah pilihan-fikiran bimbang,hati bungkam,hidup tak tenteram. Sebagai lelaki memilih perempuan menjadi pasangan bukannya senang.Perempuan baik sukar ditentukan.Tambah-tambah zaman sekarang.Nak tengok perangai perempuan tak boleh dah tengok keturunan.Kadang mak ayah beriman anak macam setan.Tak boleh dah tengok pada pakaian.Kadang didepan orang semua bertutupan,tapi dibelakang buka-bukaan.Itulah kata orang,sebelum cinta dulu kan kenal-kenalan.Jangan cinta dari pandangan.Nanti diri merana tiada kesudahan. Jadi kepada lelaki semua,hari ini saya nak kongsikan...

Moto Hidup Suami Curang

Pedoman Hidup Suami Curang -Salam dan selamat bertemu sahabat semua.Hari ini ada sesuatu yang saya rasakan amat menarik untuk dikongsi dan direnungkan bersama anda. Bila mendengar cerita tentang kecurangan antara pasangan suami isteri,sebagai suami kepada seorang isteri,saya pasti akan bertanya-tanya sendiri,apakah yang menyebabkan terjadinya kecurangan tersebut.Kalau nak diikutkan hakikatnya,bukankah bila dah berkahwin dan bergelar suami isteri tu tanda bersatunya dua hati,bercantumnya dua jiwa,tersimpulnya kasihsayang,terikatnya ikatan cinta?Tetapi disekeliling kita pasti ada kita dengar kes-kes kecurangan yang terjadi dari hari ke hari. Secara peribadi saya sentiasa cuba mencari jawapan kepada persoalan ini yang sebenarnya amat mendesak jiwa raga saya kerana bagi saya bila sudah bergelar seorang suami sepatutnya seseorang lelaki perlu menyerahkan hidupnya kepada isteri,anak-anak dan keluarga. Puas berfikir akhirnya saya mendapat satu kesimpulan yang mudah kenapa banyak terjadi...

8 Sebab Kenapa Ada Orang Suka Tukar Kekasih

Imej
Rencahati|8 Sebab Kenapa Ada Orang Suka Tukar Kekasih Salam..selamat bertemu kembali diruangan yang tak seberapa ini. Mungkin ada dikalangan kita yang pernah dipermainkan oleh orang yang suka bertukar kekasih.Suka melafazkan cinta dan mudah pula mendustainya. Bukankah cinta itu sepatutnya berasaskan kepada kejujuran,ketulusan dan kesetiaan?Tetapi kenapa masih ada orang yang sanggup bersikap demikian dan tega mempermainkan perasaan orang lain? Pembaca dan sahabat sekalian,kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua beberapa sebab yang dapat disimpulkan kenapa ada orang yang suka mempermainkan orang lain dan suka bertukar-tukar kekasih.Sama-samalah kita renungkan moga dapat kiranya dijadikan sebagai pengetahuan atau pengajaran yang berguna. Tak kiralah samada lelaki atau wanita,orang-orang yang suka bertukar kekasih ni biasanya.. 1)Mereka orang yang kurang kasih sayang.Oleh itu mereka biasanya akan mudah jatuh cinta terhadap orang yang dirasakan memberi perhatian dan men...

8 Sebab Utama Wanita Curang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Post kali ini adalah kesinambungan dari post saya sebelum ini, 10 Sebab Utama Lelaki Curang . Seperti yang kita semua akur,kecurangan dalam perkahwinan atau pun hubungan percintaan,bukan semata-mata dilakukan oleh lelaki sahaja,tetapi kaum wanita juga.Maklumlah lumrah kita ni manusia sudah semestinya bukan 100% sempurna. Untuk kali ini,saya akan menyenaraikan beberapa sebab utama yang membuatkan seseorang wanita itu curang.Namun sebelum itu,ingin saya tegaskan terlebih dulu bahawa post ini bukan berniat untuk menghina dan mengaibkan mana-mana wanita.Ianya sekadar untuk dijadikan renungan ataupun pedoman dan iktibar buat kita semua. Oklah,saya tak ingin bercerita panjang lagi.Antara sebab-sebab yang membuatkan wanita curang adalah kerana; 1)Tidak cukup atau tidak puas seks. Rata-rata lelaki sebenarnya agak mengambil remeh tentang ini.Maksud tidak cukup seks diatas bukanlah maknanya nak kena buat seks hari-hari.Wanita sebenarnya ingin me...

10 Rahsia Mudah Berjaya Dalam Hidup

Semua orang tak kira tua atau muda ingin mencapai kejayaan dalam hidup.Ada yang ingin berkerjaya bagus,bergaji besar,berkereta mewah,berumah besar dan sebagainya. Walaupun kejayaan itu berhak dimiliki oleh setiap individu,namun bukan semua yang bernasib baik.Malah ramai yang gagal dan mengeluh serta menyesali hidup mereka.Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada nasib atau takdir semata-mata?Atau apakah ada formula atau cara tertentu yang membuatkan seseorang itu berjaya?Apakah yang dilakukan oleh orang-orang yang berjaya dalam hidup mereka? Untuk mereka yang gagal dalam hidup dan sentiasa menginginkan kejayaan serta buat diriku sendiri,aku rasa amat bersyukur kerana dapat berkongsi beberapa rahsia bagaimana untuk kita semua mencapai kejayaan dan memperolehi apa yang di inginkan dalam hidup kita. Telitilah satu persatu apa yang disenaraikan dibawah... 1)Tahu apa yang anda mahu. Anda mesti sedar dan tahu apa yang anda mahu setepat-tepatnya.Tentukan apa keinginan hati an...

Cara Mencipta Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Kebahagiaan memangnya menjadi dambaan dan impian setiap orang.Siapa yang tidak ingin hidup bahagia kan?Kalau boleh setiap hari yang dilalui ingin dilalui dengan rasa aman,tenang,gembira dan bahagia selalu. Namun,hakikatnya bukan semua orang dapat merasa bahagia.Hinggakan ada yang sentiasa mengeluh dan menyesali hidup mereka.Ada juga yang menyalahkan orang lain,menyalahkan keadaan dan paling teruk ada yang sampai menyalahkan takdir. Sebenarnya kebahagiaan hidup itu bergantung kepada diri kita sendiri.Bukan keadaan bukan sesiapa pun yang menentukan samada kita bahagia atau tidak.Kitalah yang berhak dan bertanggungjawab mencipta kebahagiaan kita sendiri. Anda tentu melihat,ada sesetengah orang yang hidup biasa,hidup sederhana,tetapi sentiasa gembira dan bahagia dengan hidupnya.Anda juga tentu melihat,ada orang yang hidup mewah,kaya raya dan harta berlambak,tetapi hidup tak gembira,penuh masalah dan tak bahagia.Lalu apakah sebenar yang dapat ...

Cara Bertengkar Yang Mempereratkan Hubungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Post saya kali ini berkisar tentang perhubungan tak kiralah samada hubungan persahabatan,percintaan,pertunangan atau perkahwinan. Ini saya rasakan sesuatu yang amat menarik untuk saya kongsikan bersama anda semua.Sebelum ini saya sendiri tidak pernah terfikir bahawa bertengkar pun boleh mempereratkan hubungan kita dengan orang lain. Sehinggalah saya terbaca sebuah buku oleh Deborah Cox,Ph.D yang bertajuk,'The Anger Advantage'.Buku yang amat menarik dan berguna pada pendapat peribadi saya. Sesuai dengan tajuk post saya kali ini,berikut saya kongsikan bersama anda semua beberapa cara bertengkar yang boleh mempereratkan hubungan. Antaranya adalah; ●Kobarkan pertengkaran. Menurut Deborah Cox,bertengkar dengan suara yang keras bukan sesuatu yang buruk terutama jika cara itu merupakan naluri semulajadi anda.Jika anda benar-benar marah,objek dari kemarahan anda perlu mengetahuinya.Jadi jika anda seseorang yang suka menjerit b...

Doa Dan Sedekah Yang Tidak Diterima Allah

Diriwayatkan oleh Mush'ab bin Sa'ad,ia berkata:Abdullah bin Umar r.a. pernah masuk ke tempat Ibnu Amar untuk menziarahinya ketika sakit.Lalu ia bertanya,"Hai Ibnu Umar,ketika di Basrah mengapa kamu tidak berdoa kepada Allah s.w.t. untuk saya?" Abdullah bin Umar menjawab,"Sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,"Allah tidak menerima solat(doa) tanpa bersuci dan tidak menerima sedekah dari hasil penipuan(hasil yang tidak halal)."(HR Muslim) Hadis diatas jelas menggambarkan dua perbuatan yang tidak diterima oleh Allah s.w.t. iaitu doa tanpa bersuci dan sedekah dari hasil yang tidak halal. ●Doa tanpa bersuci. Solat itu adalah doa.Ini kerana dalam seluruh gerakan atau tertib ibadah solat semuanya berisi doa dan permintaan kepada Allah s.w.t. agar mengabulkan hajat hamba-Nya.Permintaan tersebut meliputi keperluan ukhrawi tanpa melupakan kepentingan duniawi. Bagi umat Islam,doa adalah usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t....

8 Sikap Isteri Agar Suami Tidak Kecewa Di Bilik Tidur

Dalam alam rumahtangga banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan pasangan suami isteri membuatkan perkahwinan dingin dan bermasalah. Membina dan mengekalkan keharmonian hubungan seks juga amat penting dalam perkahwinan untuk mengelakkan keretakan dan penyelewengan dalam hubungan suami isteri. Kali ini saya akan membawakan beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh isteri ketika di bilik tidur yang membuat suami kecewa.Sedangkan hubungan seks merupakan pengukur utama untuk menilai keharmonian sesebuah perkahwinan. Kesilapan isteri melayani suami menjadi penyebab utama yang selalunya mendorong suami melakukan penyelewengan. Jadi,apakah sikap terbaik yang patut ada dan diamalkan oleh para isteri ketika menerima dan melayani suami di bilik tidur.Ada 8 sikap yang amat baik dilakukan iaitu; 1)Hindari seks ketika letih. Memang setiap isteri wajib melayani keinginan seks suami tetapi hindarilah melakukannya dalam keadaan penat atau keletihan.Bila dalam keadaan letih,otot-otot sekita...

7 Teknik Bijak Memperbaiki Hubungan

Hubungan yang baik,erat dan harmoni tidak datang begitu saja melainkan harus dibina. Ada 7 teknik atau pilihan yang bukan sahaja amat berguna memperbaiki hubungan yang hambar,tetapi menjadi teknik yang bijak dan baik untuk menjadikan hubungan lebih kukuh dan bermakna. Teknik-teknik yang dimaksudkan adalah; 1)Bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Merupakan pilihan yang terpenting dapat anda ambil untuk memperbaiki hubungan.Belajar bertanggungjawab atas keperluan dan perasaan diri sendiri,bukan mengharapkan pasangan sentiasa membahagiakan dan memberikan rasa senang terhadap diri anda. 2)Perlakukan orang lain sebagaimana anda ingin diperlakukan. Inilah antara inti dari kehidupan spiritual yang mendalam.Semua orang pastinya ingin diperlakukan dengan baik,kasih sayang,difahami,dimengertikan dan didukung.Anda perlu memperlakukan pasangan serta orang lain   dengan cara ini.Hubungan yang berkembang dengan baik adalah bila kedua belah pihak memperlakukan pasangannya dengan baik.P...

7 Tanda Bahaya Mengancam Rumahtangga

Tidak dinafikan menjaga keutuhan dan keharmonian rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah.Banyak sekali dugaan dan godaan yang boleh menghancurkan hubungan.Apalagi,perkahwinan adalah bersatunya dua jiwa yang mempunyai karakter yang berbeza.Tambah-tambah lagi jika pasangan suami isteri sama-sama berkerjaya diluar rumah sehingga masa untuk berkomunikasi dan berduaan menjadi amat terbatas yang kadang-kadang membawa kepada timbulnya masalah. Setiap masalah walaupun sekecil mana sekalipun perlu ditangani dan diselesaikan agar hubungan yang dijalin dan diikat tidak membawa kekecewaan.Oleh itu dengan mengetahui tanda-tanda yang bakal memberikan masalah dan mengancam sesebuah perkahwinan itu amat perlu demi menjaga agar rumahtangga yang dibina sentiasa harmoni dan berkekalan. Pada kali ini,saya akan memberikan 7 tanda yang biasa berlaku dan boleh membahayakan sesebuah rumahtangga.Tanda-tanda yang dimaksudkan adalah; 1)Masalah. Terkadang masalah-masalah tidak diperhatikan oleh pasangan su...

8 Langkah Menjaga Ghairah Seks

Tidak dinafikan,masalah pudar dan hambarnya keghairahan seksual memang melanda kebanyakan pasangan suami isteri.Banyak faktor yang menjadi penyebabnya seperti usia perkahwinan,bebanan tugas dan kerja seharian,masalah ekonomi dan keluarga,serta berbagai-bagai lagi. Masalah ini bakal mengundang bahaya kepada sesebuah ikatan perkahwinan dan tidak mustahil boleh meruntuhkan ikatan yang dibina.  Kepada anda yang mungkin menghadapi masalah ini,sebaiknya usah merasa bimbang,gelisah dan rendah diri.Kali ini saya akan berkongsi langkah-langkah yang boleh anda lakukan agar ghairah seks anda dan pasangan tetap subur dan sentiasa hangat bergelora.  Ada 8 langkah yang amat penting untuk dilaksana dan diamalkan iaitu;  1)Upayakan selalu melakukan komunikasi tentang berbagai hal yang baik-baik dan menggembirakan.Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan atau mendatangkan rasa tidak senang dan rasa marah pasangan.Seks yang menggelorakan hanya dapat dinik...

9 Tips Sihat Tanpa Ubat

Tak dinafikan,kesihatan merupakan sesuatu yang diinginkan semua orang. Hidup yang sihat amat penting kerana kita tidak akan dapat melakukan sesuatu yang kita mahu dengan terbaik jika kita sakit.Oleh itu,mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Dibawah ini,saya senaraikan 9 tips bagaimana untuk hidup sihat tanpa menggunakan ubat-ubatan. 1)Mengatur cara makan. ●makan sesuai keperluan tubuh(tidak kurang dan tidak juga berlebihan) ●makan berbagai jenis makanan kerana tidak ada satu jenis makanan pun yang dapat memberikan semua unsur zat gizi yang diperlukan tubuh. ●kurangkan makanan yang berlemak,bergula dan bergaram tinggi. ●tingkatkan tambahan vitamin,mineral dan serat dengan makanan berupa buah-buahan dan sayur-sayuran. ●hindari makanan yang diproses(refined) seperti makanan tin,makanan yang diawet dan ditambah zat kimia. ●hindari minuman berkarbonat,berkafein(kopi) dan beralkohol. ●minum air putih dalam jumlah yang banyak(sekitar 8 gelas/hari). ●pilih makanan sesuai dan ...

Ratu Hati

Tiada apa-apa pun,tiada sesiapa pun dapat mengambil alih dan menggantikan tempat yang teristimewa dihatiku. Ibu, Sesungguhnya,engkaulah ratu hati sampai bila-bila pun.Selamat Hari Ibu buat ibuku tercinta dan buat semua ibu-ibu tak kira dimana jua berada. Ternyata segala kasih sayang dan pengorbanan seorang insan yang bernama ibu adalah sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti.Bawalah segunung intan berlian,selaut emas permata pun tiada yang dapat menyamai nilainya.Sesungguhnya nilai jerit payah,susah senang,suka duka dan bahagia derita seseorang ibu dalam melahir,membesar dan mendidik anak-anak menjadi manusia amat berharga dan sama sekali tidak ternilai.. 'Syurga dibawah telapak kaki ibu'...bukan sedikit yang pernah mendengar,yang tahu,yang faham dan yang akur tentang ini..namun... kenapa masih ada anak-anak yang membutakan matahati sendiri hingga ada yang memperlakukan ibu sendiri seperti bukan seorang manusia.Kenapa ada anak-anak yang tergamak membuang ibu sendiri dari...

15 Mutiara-Mutiara Kata Islam

Membaca dan mendalami makna yang terkandung dalam mutiara-mutiara kata tentunya memberikan kita inspirasi yang tidak terbatas. Tidak dinafikan juga ramai yang suka menjadikan mutiara kata sebagai pemberi azam dan semangat dalam menempuhi perjalanan hidup yang penuh dugaan dan cabaran. Mutiara-mutiara kata yang baik boleh diibaratkan sebagai pelita dikala kegelapan.Malah boleh memberikan pedoman buat kita kerana mutiara-mutiara kata yang dihasilkan biasanya mempunyai makna tersirat yang jarang kita terfikirkan. Dalam Islam juga banyak terdapat mutiara-mutiara kata yang dituturkan Rasulullah s.a.w,Nabi-Nabi,Ahli-Ahli Sufi dan Ilmuwan-Ilmuwan Agama. Mutiara-mutiara kata yang dituturkan tersebut amat bermanfaat untuk kita jadikan pedoman dalam melalui kehidupan harian kita sebagai umat Islam. Dibawah ini saya senaraikan sebanyak 15 mutiara-mutiara kata Islam yang saya tahu dan menjadi koleksi mutiara kata yang saya kumpul selama ini. Semoga kita semua dapat merenungi,memahami da...

Mengatasi Tabiat Merokok

Merokok membahayakan kesihatan.Ramai yang sedar dan tahu tentang hal ini termasuk perokok sendiri. Rokok memang diketahui akan memberikan implikasi kepada kesihatan terutama kepada orang yang merokok dan juga kepada yang tidak merokok(bila menghidu asap rokok yang mengandungi carbon monoxide). Akibat merokok boleh membawa kepada kanser paru-paru,kanser mulut,penyakit cardiovascular,ulser peptik,angin ahmar dan lain-lain. Tak dinafikan,kerana sedar akan implikasi kepada kesihatan,ramai perokok yang mahu dan berusaha untuk berhenti dari merokok.Bermacam-macam cara dilakukan.Ada yang menggunakan pil-pil dan chewing gum khas untuk berhenti merokok.Namun kebanyakannya tidak berjaya mengatasi tabiat merokok mereka.Ini kerana,pil-pil atau chewing gum yang dikatakan sebagai solution untuk menghentikan tabiat merokok juga mengandungi bahan yang sama yang ada pada rokok iaitu nikotin(membuatkan ketagihan). Cara terbaik untuk seseorang perokok itu berhenti merokok sebenarnya adalah keingin...

Pakistan Jual Karpet

Pagi tadi masa aku nak turun ke tempat kerja tiba-tiba ada pakistan jual karpet memberi salam.Belum sempat aku menjawab salamnya(jawab dalam hati je lah)..pakistan tu mula lah promote karpet yang dijualnya.Pertama kali aku menolak,pakistan tu tak berputus asa.Dengan bahasa melayu yang tak berapa lancar,dia terus juga mempromote karpet-karpetnya. Jujurnya,darahku naik juga dibuat pakistan tu.Apa tidaknya,entah berapa kali aku menolak pun,masih juga dia tak berhenti mempromote karpet yang dijual.Namun taklah aku marahkan dia.Aku tetap menolak dengan lembut. Jujur lagi,aku sebenarnya amat kagum dengan pakistan penjual karpet tu.Tak mudah putus asa walaupun berkali-kali ditolak jualannya. Walaupun dia orang asing,namun demi rezeki yang halal tiada rasa segan tiada rasa malu dan penuh semangat menjual karpet-karpetnya. Alangkah bagusnya kalau orang kita sendiri macam pakistan tu.Namun,malangnya,ramai orang kita yang malas atau pun manja kot.Terutamanya para muda-mudi kita,yang banyak...