Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Renungan

Ajaib Sebuah Pelukan

Imej
Ajaib Sebuah Pelukan |Setiap orang pastinya pernah merasa dirinya putus asa, kecewa dan berada pada titik yang menyedihkan dalam hidupnya. Ketika Anda melihat orang-orang tercinta berada dalam keadaan seperti ini, peluklah mereka. Ianya amat sederhana dan mudah dilakukan, tapi jangan meremehkan kekuatan sebuah pelukan. Banyak penelitian menunjukkan bagaimana sebuah pelukan mampu menjadi kuasa pemberi kekuatan,semangat dan motivasi yang ajaib kepada seseorang yang menerima pelukan. Apalagi jika yang memberikan pelukan itu adalah orang yang dicintainya. Tanpa perlu ucapan dan kata-kata ataupun sesuatu yang berhubungan dengan material, sebuah pelukan berkuasa menjadi sandaran yang membangkitkan semangat orang lain. Seseorang akan merasa diperlukan,dicintai dan dihargai jika mendapat sebuah pelukan yang ikhlas dan hangat. Malah ada penelitian menunjukkan bahawa apabila menerima pelukan seseorang itu akan merasa bersemangat,tenang dan lebih sihat. Ketika anda sedang memeluk orang l...

Wanita Itu Gila

Imej
Wanita Itu Gila |Mungkin anda pernah mendengar ungkapan ini : "women are crazy, men are stupid". Adakah ungkapan diatas benar? Hmm.. Pada pandangan saya memang benar! Kenyataannya, Ada wanita tahu dan mengatakan ada lelaki- lelaki bodoh di luar sana, dan ada lelaki juga tahu dan mengatakan ada wanita-wanita gila di mana-mana.. Jadi,apa sebenarnya yang dilihat lelaki hingga mengatakan dan berpandangan bahawa kebanyakan wanita itu gila? Jom lihat kenyataan dibawah... Wanita Itu Gila Cantik Lihatlah di sekeliling anda,berapa banyak wanita cantik yang merasakan kurang cantik? Bukankah cermin itu untuk bercermin dan mensyukuri apa yang kita ada? Tetapi ada wanita yang tidak pernah sedar akan kecantikannya,malah walaupun semua orang memuji dia cantik,namun dirinya selalu melihat kecantikannya tidak pernah sempurna. Inilah kegilaan zaman sekarang yang melahirkan banyak pakar dan bisnes bedah plastik. Wanita seperti ini hanya tunggu waktu sebelum kulitnya disentuh pisau bedah atau j...

Awas!! Penipu Internet Serang Email

Imej
Awas!! Penipu Internet Serang Email |Salam semua.Pernah tak anda menerima email seperti email yang saya paparkan dibawah.. [Email 1] "Good day! I am Mr Davi director auditing and accounting department" bank of Africa (boa) Ouagadougou, Burkina Faso .I discovered the sum of seven million, two hundred thousand dollars (usd7.2) belonging to a deceased customer of this bank the fund has been lying in a suspense account without anybody coming to put claim over the money since the account owner late, Mr Salla khat from Lebanese who was involved in the December 28th 2006 Benin car crash. it is therefore, upon this discovery that i decided to take this ultimatum and make this business proposal to you as the fund will be release to you as the next of kin or relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since nobody is coming for it and i don't want this money to go into the bank treasury as unclaimed bill the banking rules here stipulates that if such money remai...

Kiranya Al-Quran Mampu Bicara

Imej
Kiranya Al-Quran Mampu Bicara |Duhai umat manusia muslimin dan muslimah,kaum keluarga,saudara mara,rakan taulan dan diriku,kiranya Al-Quran itu mampu bicara,mungkin inilah apa yang ingin dikatakannya.. Suatu waktu dulu ketika embun mendinginkan bumi fajar subuh nan menyerlah surah-surahku engkau baca beberapa halaman dan petang juga malamnya beramai-ramai bersama rakan-rakan kau alunkan ayat-ayat suciku di surau dan masjid namun kini tiap pagi hari sambil menikmati segelas nescafe engkau membelek akhbar harian,nonton berita tv atau mengadap komputer atau ipad membaca news online Dirumahmu aku bagai perhiasan tak berharga disimpan didalam almari,laci atau dibilik stor hingga kadang engkau sendiri lupa aku dimana. Kini aku hanya berguna buat mas kahwin atau hantaran agar dianggap bertaqwa atau dijadikan penangkal hantu jembalang dan syaitan yang mengacau, aku engkau biarkan sendirian terperosok disudut-sudut dan kesepian ada bagaikan tiada Kiranya ada...

Tutuplah Auratmu Duhai Wanita

Imej
Tutuplah Auratmu Duhai Wanita |Dalam hidup ini,kita hidup dalam lingkungan masyarakat tiap apa yang kita buat pastinya dilihat,diperhatikan dan mengundang tanggapan orang. Tak kiralah apa yang kita makan,apa yang kita minum,kerja kita,pakaian kita dan sebagainya bagai mencerminkan siapa kita setidak-tidaknya pada pandangan orang lain.Walaupun mungkin kita tidak seperti apa yang terpamer,tetapi itulah hakikatnya.Mereka yang disekeliling pastinya akan menganggap kita seperti apa yang mereka nampak. Misalnya dalam soal berpakaian,mungkin bagi lelaki agak selamat daripada diberi tanggapan yang tidak menyenangkan,tetapi lain halnya dengan kaum wanita.Soal berpakaian ternyata sesuatu yang mesti dititikberatkan.Bukan saja demi menjaga penampilan tetapi agar terhindar dari pandangan dan tanggapan serong masyarakat sekeliling.Apatah lagi,cara seseorang berpakaian bagaikan penyampaian mesej tersembunyi yang disampaikan pada orang yang memandangnya. Bagi wanita yang beragama Islam,berpak...

5 Kategori Cinta

Imej
5 kategori cinta |Tidak dinafikan perasaan cinta itu kadang-kadang datang tanpa diminta dan secara tak sengaja.Malah setiap orang tak kira usia,rupa,keturunan,agama,bangsa,pangkat mahupun darjat berhak untuk dicintai dan meyintai. Setiap orang berhak jatuh cinta kepada seseorang yang disukainya tetapi sedarkah kita atas dasar apakah perasaan cinta kita kepada seseorang atau kerana apakah seseorang itu meyintai kita?Memang mudah melafazkan cinta namun sedarkah kita,mengertikah kita atas dasar apa cinta itu kita rasakan?atau kerana apa ia muncul dan menguasai perasaan dan hati kita? Oleh kerana cinta itu sesuatu yang unik,maka cinta itu sendiri boleh dikategorikan kepada berbagai-bagai jenis.Dibawah ini dinyatakan beberapa kategori cinta sekadar buat renungan untuk kita semua semoga kita akan lebih bijak dalam menilai dan seterusnya menentukan arah juga tujuan cinta yang kita rasakan... 1)Cinta Segera -Cinta segera biasanya ci...

Kalau Memilih Isteri

Imej
Kalau Memilih Isteri | Jadi lelaki bujangan hidup sepi tak ketentuan cari-carilah pasangan buat penunjuk jalan menempuh liku kehidupan. Buat kawan rakan taulan renung-renungkan secebis pedoman buat panduan buat aturan memilih isteri menjadi peneman moga kekal seiring sejalan. Kalau Memilih Isteri kalau memilih isteri pilihlah wanita beragama jadi pengingat lalai dan alpa juga aman akhirat dunia kalau memilih isteri pilihlah wanita beradab sopan restu keluarga didapatkan baru tenang meniti kehidupan kalau memilih isteri pilihlah wanita rupawan makin dilihat makin tertawan tiap hari bertambah sayang kalau memilih isteri pilihlah wanita budiman hidup bersama kekal aman dihormati saudara dan rakan kalau memilih isteri pilihlah wanita pengasih melayan suami tak pandai letih memupuk cinta memupuk kasih kalau memilih isteri pilihlah wanita penyayang bertambah erat malam siang dari dapur hingga ke ranjang kalau memilih isteri pilihlah wanita p...

Biar Berpada-pada

Imej
Biar Berpada-pada |Assalamualaikum dan salam bahagia rakan-rakan blogger dan pembaca semua. Tak lupa juga Selamat Hari Raya,maaf zahir batin kiranya dalam penulisan saya selama ini ada kata ada bahasa mahu pun tingkah yang melukakan hati mana-mana pihak. Hari ni sebenarnya ambil kesempatan sekejap dari kesibukan kerja untuk buat entri yang sederhana ni.Entri kali ni tak ada apa-apa tips,apa-apa trik atau apa-apa panduan pun.Hanya sekadar nak hilangkan penat melayan kerenah orang ramai yang 'gila' membeli belah persiapan raya.Ops!lupa nak kasi tau..saya sebenarnya seorang jurujual pusat barangan kelengkapan rumah.Jadi masa masa macam sekarang ni memang paling sibuk sebab tempat saya bekerja ni diserbu orang ramai yang masing-masing berhabis menghias rumah mereka. Bila melihat kegilaan orang ramai membeli belah ni,melayan setiap permintaan dan keinginan mereka,buat saya tertanya-tanya...untuk apa berhabis-habisan menghias dan menambah kelengkapan rumah sampai semua pun ...

4 Sebab Wanita Sukar Lupakan Bekas Kekasih

Imej
4 Sebab Wanita Sukar Lupakan Bekas Kekasih -Kebanyakan wanita pasti akan menafikan,tetapi ternyata kaum wanita lebih sukar melupakan bekas kekasih berbanding dengan lelaki.Walau telah berpisah lama,namun bayangan bekas kekasih sentiasa mengiringi fikiran wanita.Keadaan ini berpunca bukan hanya kerana mungkin masih ada rasa cinta,tetapi ianya berdasarkan dari beberapa sebab yang lain.Dan antara sebab-sebab tersebut,ada 4 sebab utama iaitu.. 1)Masih Mahu Penjelasan -Kadangkala wanita rasa tidak puas hati atas perpisahan yang terjadi.Walau telah diberi penjelasan namun wanita masih merasa tidak cukup dan perlukan lebih sebab kenapa dan mengapa ianya berlaku.Sering memikirkan dan mencari jawapan dimana salah dan silap menyebabkan fikiran dan perasaan tak tenteram lalu ingatan tentang bekas kekasih,saat-saat bersamanya serta kekecewaan yang dialami membuatkan wanita sukar melupakan hubungan yang telah berakhir. 2)Memendam Perasaan Marah -Rasa marah atas keputusan yang dibuat atau ...

Eratkan Keintiman Di Bulan Puasa

Eratkan Keintiman Di Bulan Puasa -Ramadhan datang lagi.Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan kesempatan melalui bulan mulia ini buat kesekian kalinya. Bulan puasa yang mulia ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh pasangan suami isteri.Selain bulan terbaik melakukan ibadah dan menambah amalan yang dianjurkan agama,bulan ini juga perlu digunakan sebagai peluang atau kesempatan membangunkan kedekatan dan keintiman bersama. Banyak waktu-waktu yang berharga boleh digunakan sebaik-baiknya seperti sedikit contoh di bawah ini... Waktu Berbuka Puasa -Kalau kebiasaannya jarang-jarang sekali dapat berkumpul makan bersama terutama bagi pasangan yang bekerja tanpa mengikut office hour,pada bulan puasa ini eloklah berusaha agar ada waktu untuk berbuka bersama.Bersama-sama menyediakan juadah,berbual-bual sementara menanti waktu berbuka,apalagi disertai dengan anak-anak pastinya akan menambahkan kemesraan dan kedekatan antara satu sama lain. Waktu Sahur -Walaupun sedar manfaat bersah...

Sebelum Selepas Kahwin

Sebelum Selepas Kahwin -Sedikit renungan buat semua.Moga-moga akan berguna.. SEBELUM KAHWIN Lelaki: Tak sabar I tunggu! Wanita: You mau I pergi?? Lelaki: Tidak! Jangan fikir cam tu. Wanita: You cintakan I ? Lelaki: Mestilah! Selalu. Wanita: You pernah curang ngan I ? Lelaki: Taklah! Kenapa tanya? Wanita: You nak cium I ? Lelaki: Ya! Bila-bila je ada peluang. Wanita: You akan tinggalkan I tak? Lelaki: Tak.. Wanita: Boleh I percaya you ke? Lelaki: Ya.. Wanita: Sayang!! SELEPAS KAHWIN -Baca dari bawah ke atas. Semoga bermanfaat.Terimakasih.

Speechless Sunday 2|Gadis Gian Batang Jantan

Imej
Speechless Sunday 2|Gadis Gian Batang Jantan -Sama-samalah kita fahamkan Serangkap dua seloka spontan Gadis gian batang jantan Biar jadi sedikit renungan... Gadis gian batang jantan Hilang malu hilang segan Sikit-sikit nak pandang Ada peluang terus memegang Gadis gian batang jantan Cepat juga naik miang Jumpa pula jantan mengidam Berlanjutlah aksi terlarang Gadis gian batang jantan Mudah hilang pedoman Akal tewas dek nafsu syaitan Halal haram jadi mainan Gadis gian batang jantan Jika diturut gelora perasaan Buta hati sesat jalan Hilang juga rahmat Tuhan.

Speechless Sunday|Bila Tudung Jadi Hiasan

Imej
Speechless Sunday|Bila Tudung Jadi Hiasan -Inikah tanda akhir zaman? "Bila tudung jadi hiasan paha telanjang jadi tontonan inikah perempuan sekarang atas tutup bawah ditonjolkan?"

Bila Wanita Mulai Gersang

Imej
Bila Wanita Mulai Gersang -Salam pembaca budiman.Kali ini nak kongsikan sedikit renungan.Ini orang-orang tua punya pesanan.Ingatan buat para lelaki sekalian.Mari kita renung-renungkan.. Ingatlah anak cucu Adam dah beristeri juga bujangan jangan ditinggal wanita sendirian terlalu lama tanpa belaian Kuat mana pun pegangan paling lama pun bertahan sekadar tiga bulan tanpa dakapan tanpa pelukan tanpa cumbuan tanpa kucupan wanita bakal menjadi gian jikalau lama tiada sentuhan bila wanita mulai gersang iman senipis kulit bawang asal datang sedikit godaan terasa gatal dicelah kangkang bila wanita mulai gersang dialah ratu model sambilan jika saja ada peluang sikit-sikit menayang badan bila wanita mulai gersang buasnya kalahkan binatang bila-bila ditempat keramaian mulalah melagak miang bila wanita mulai gersang akal diganti nafsu 99 setia berpindah ke bukit tembam ibarat betina biang jumpa jantan faraj mengembang bila wanita mulai gersang memanglah bol...

Kalau Dah Cinta

Imej
Kalau Dah Cinta Kalau dah cinta katakanlah pada dia kalau di pendam dalam jiwa sampai kiamat pun tak keluar-keluar juga kalau gabra sangat nak jumpa sms atau call okay juga kalau memang dah suka tak payah nak segan-segan pula nak tunggu sampai bila kan dia di sambar orang awak juga yang ternganga Kalau dah cinta tunjuklah awak cinta dia duk diam tak ada guna mana dia nampak kalau tiada duit beli bunga koyak je buku sekolah tulis ler surat cinta bagi dia baca kurang-kurang pun dia tahu cinta awak padanya nak malu apa dah memang awak suka Kalau dah cinta buatlah cara cinta dia tak yah nak tunjuk ego awak ego tinggi mana pun tak sudah kalau gila bayang saja takyah nak fikir banyak dia terima atau tidak kalau jujur tak ada salahnya cintakan orang kita suka karma dunia adil saksama pasti tersentuh hatinya kalau awak tulus setia Kalau dah cinta luahkan apa awak rasa sayang gila tak ada guna kasih berhabis tak ada makna kalau diri sendiri awak ta...

Rencahati Cleverspider55 a.k.a alam1cinta|15 Perkara Yang Wanita Harap Lelaki Faham

Rencahati Cleverspider55 a.k.a alam1cinta -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Spices Of Heart -Tulisan ini hasil daripada perbualan panjang yang tak di sengajakan dengan beberapa kawan wanita mengenai perkara yang wanita harap lelaki faham. Mendengar apa yang diluahkan oleh kawan-kawan wanita saya membuatkan saya terfikir elok juga kiranya para lelaki semua tahu apa sebenarnya yang ada dihati wanita. Jadi kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua,apa yang telah disuarakan oleh kawan-kawan wanita saya kepada saya. Mari kita lihat apa yang dikatakan mereka.. 1)"Lelaki yang sayangkan kanak-kanak lelaki paling menarik." 2)"Kami suka lelaki yang tahu membuat kerja.Kalau ada barang yang perlu dibaiki atau dibetulkan,dia tahu membaikinya sendiri tanpa mengupah/menyuruh orang lain." 3)"Jangan tipu kami tentang apa-apa pun.Anda perlu berusaha untuk mendapatkan kepercayaan dan penghargaan dari kami.Sekali anda melakukan kesilapan,ianya amat suk...

Kalau Lelaki Menangis?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah tengok lelaki menangis tak?Kalau perempuan menangis dah menjadi perkara biasa kan.Maklumlah,banyak yang menganggap tangisan dan airmata tu rencah hidup orang perempuan.Kalau lelaki menangis macamana?Adakah ia lumrah juga? Sebelum menulis post ini,saya ada bertanyakan pendapat beberapa rakan karib tentang lelaki menangis ni.Bermacam-macam jawapan dan pendapat yang saya dapat.Tapi ada juga yang hanya berdiam dan tak mahu menjawab.Tak tahulah pula kenapa.Mungkin tak mahu ambil tahu ataupun kerana ego yang tidak menyangka mereka akan ditanya pasal ini kot. Apa-apa pun,pasal lelaki menangis...ini antara pendapat yang saya dapat dari rakan-rakan saya dan saya perturunkan di sini untuk kita renungkan bersama.. 'Lelaki tak patut menangis.Kalau sedih macamana pun janganlah menangis.Sebagai lelaki,kena tunjukkan ketabahan kita.' 'Tak best lah lelaki menangis.Malu tau kalau perempuan tahu.Takkan putus cinta pun nak menangis....

8 Sebab Utama Wanita Curang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Post kali ini adalah kesinambungan dari post saya sebelum ini, 10 Sebab Utama Lelaki Curang . Seperti yang kita semua akur,kecurangan dalam perkahwinan atau pun hubungan percintaan,bukan semata-mata dilakukan oleh lelaki sahaja,tetapi kaum wanita juga.Maklumlah lumrah kita ni manusia sudah semestinya bukan 100% sempurna. Untuk kali ini,saya akan menyenaraikan beberapa sebab utama yang membuatkan seseorang wanita itu curang.Namun sebelum itu,ingin saya tegaskan terlebih dulu bahawa post ini bukan berniat untuk menghina dan mengaibkan mana-mana wanita.Ianya sekadar untuk dijadikan renungan ataupun pedoman dan iktibar buat kita semua. Oklah,saya tak ingin bercerita panjang lagi.Antara sebab-sebab yang membuatkan wanita curang adalah kerana; 1)Tidak cukup atau tidak puas seks. Rata-rata lelaki sebenarnya agak mengambil remeh tentang ini.Maksud tidak cukup seks diatas bukanlah maknanya nak kena buat seks hari-hari.Wanita sebenarnya ingin me...

7 Rahsia Yang Wanita Tidak Mahu Lelaki Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kaum wanita memang dikenali dengan kemisterian mereka yang tersendiri.Memang sukar memahami apa yang difikirkan diminda dan apa yang dirasakan dihati wanita. Wahai para lelaki semua,tahukah kita bahawa wanita bila berkata-kata kadang-kadang bukan bermaksud seperti yang diucapkannya,tetapi punya makna terselindung dan berlainan.Ini bukanlah bermaksud kaum wanita itu suka berbohong tetapi menggambarkan bahawa bukan mudah sebenarnya untuk lelaki mengenali wanita dengan sebetul-betulnya. Pernahkah kita sebagai lelaki cuba mentafsir sifat,fikiran dan naluri yang tersembunyi dalam diri kebanyakan wanita? Tentunya andai lebih banyak perihal wanita kita ketahui akan lebih mudah bagi kita memahami,melayani dan menghargai wanita disisi kita. Untuk itu kali ini,apakata kita sama-sama meneliti beberapa perihal atau rahsia yang ada pada kebanyakan wanita yang sebenarnya wanita tidak mahu kaum lelaki mengetahuinya. Beberapa rahsia yang dimaksudkan a...

Cara Mencipta Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Kebahagiaan memangnya menjadi dambaan dan impian setiap orang.Siapa yang tidak ingin hidup bahagia kan?Kalau boleh setiap hari yang dilalui ingin dilalui dengan rasa aman,tenang,gembira dan bahagia selalu. Namun,hakikatnya bukan semua orang dapat merasa bahagia.Hinggakan ada yang sentiasa mengeluh dan menyesali hidup mereka.Ada juga yang menyalahkan orang lain,menyalahkan keadaan dan paling teruk ada yang sampai menyalahkan takdir. Sebenarnya kebahagiaan hidup itu bergantung kepada diri kita sendiri.Bukan keadaan bukan sesiapa pun yang menentukan samada kita bahagia atau tidak.Kitalah yang berhak dan bertanggungjawab mencipta kebahagiaan kita sendiri. Anda tentu melihat,ada sesetengah orang yang hidup biasa,hidup sederhana,tetapi sentiasa gembira dan bahagia dengan hidupnya.Anda juga tentu melihat,ada orang yang hidup mewah,kaya raya dan harta berlambak,tetapi hidup tak gembira,penuh masalah dan tak bahagia.Lalu apakah sebenar yang dapat ...