Puisi Rindu Buat Dewi
Puisi Rindu Buat Dewi puisi adalah caraku merindu mengarang setiap lamunan cuba mengusir igauan dengan kata tak berbahasa mahu mendakap segala ingatan mahu merangkul segala kenangan ingin kurampas segala bimbang ingin kuragut segala kegelisahan biar jarak hilang dalam pelukan sayang, dan bertaburanlah debar diam tika sunyi memanggil dewi lagu hati berkumandang ke segenap saraf impian gemilang cinta bagai embun bersinar tak menyilaukan dingin tak menyejukkan memujuk jiwa walang terus melagukan harapan bagai nada puisi dimatamu bening berisi bait kata sejuta makna menterjemah hikayat rasa dalam rongga asmara menyeru irama sukma seluruh semesta rasa bergemilanglah mesra bergemilanglah cinta dewi, seperti bayu pagi suci dan kudus begitulah angin puisiku dengan semilir mimpi setia menderu menjadi gerimis rindu menyusup ke jendela kasihmu menelusuri ranjang cinta kamar batin mu dewi, puisikanlah nada inginmu biarkanlah ia bersatu dengan kata puisiku biarkanlah ia bersatu dengan makna mimpimu...