Sujud Maaf Buat Ibu
Sujud Maaf Buat Ibu |Kita semua tak kira siapa dan dimana kita berada,tak kira pangkat mahupun darjat,adanya kita disini kerana insan bergelar IBU yang bersusah payah mengandung dan melahirkan kita. Jadi,bersempena hari ibu ini,marilah kita semua sama-sama renungkan kembali,selama ini apakah yang telah kita lakukan diatas segala jasa dan pergorbanan ibu kita.. Dan kiranya ada salah dan silap kita terhadap ibu,marilah kita memohon ampun dan maaf semoga hidup kita akan lebih diberkati. Untuk semua,rakan-rakan dan pembaca,hari ini saya paparkan sebuah puisi spontan yang saya nukilkan dengan harapan setidak-tidaknya dapat dijadikan sebagai renungan yang berguna.. Berikut puisi dari saya: Sujud Maaf Buat Ibu telah kupeluk bulan purnama lama tersimpuh diatas riba silau mata dibias cahayanya namun tak pernah sama pancar senyum ibu tercinta menyuluh jiwa raga pabila malam hitam datang tak terduga menggelapkan ruang hidup seorang anak telah kupetik bintang angkasa lama tersemat dimuka dada sila...