Kesan Positif Sikap Ego
Kesan Positif Sikap Ego | Ego merupakan sifat manusia yang azali. Ini kerana lumrah manusia itu mementingkan kepentingan peribadi diatas kepentingan bersama. Sikap ego adalah sikap yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya terhadap orang lain. Malah seseorang yang ego tidak pernah mempedulikan setiap tindakan dan kelakuannya merugikan orang lain atau sebaliknya. Dari kenyataan diatas kita akur bahawa sikap ego adalah sikap yang negatif, namun kadangkala dalam kehidupan kita adakalanya sikap ego ini perlu ada dalam diri seseorang. Bersikap ego sedikit kadangkala akan membawa kesan positif dalam keadaan tertentu. Antara kesan positif bagi seseorang yang bersikap ego adalah; * Orang yang ego lebih cenderung menjaga diri sendiri dengan lebih baik. Dia lebih memperuntukkan waktu untuk keperluan diri sendiri. Menjaga penampilan,menjaga kesihatan dan kebajikan dirinya. * Orang yang ego lebih optimistik. Dia pantang menyerah kalah dan kuat berusaha dalam mencapai matlam...