Bila Kekasih Tidak Disukai Ibu Bapa

Bila Kekasih Tidak Disukai Ibu Bapa/

Bila Kekasih Tidak Disukai Ibu Bapa|Jatuh cinta dan memiliki seorang
kekasih yang dicintai memang mengasyikkan,membuatkan hidup kita terasa indah dan tentunya kita akan lebih
bersemangat lagi untuk
menjalani hari demi hari.Namun bukan semua cerita cinta itu
berjalan dengan lancar,pastinya ada saja dugaan dan cabaran
yang menguji dan membuatkan hubungan cinta kita jadi
lebih sukar untuk dijalani.

Diantara dugaan dan cabaran yang kita hadapi,
mungkin yang paling kerap
terjadi adalah bila kekasih yang kita cintai tidak disukai oleh orang tua.Orang tua kita tidak mahu
menerima pilihan hati kita dan tidak merestui hubungan yang kita jalinkan.

Bila anda mengalami masalah seperti ini,dimana kekasih pujaan hati tidak disukai orang tua,usahlah berkecil hati dulu,janganlah mengikut kata hati dengan memberontak dan jangan terburu-buru mengambil
langkah yang mungkin akan merosakkan kehidupan anda.

Bila orang tua tidak menyukai kekasih anda,sebaik-baiknya
anda cuba menilai punca dan asas permasalahan yang sedang dihadapi,dan menilai sebaik-baiknya situasi anda.

Untuk membantu anda,berikut ada beberapa tips yang boleh di ikuti:


Berbincanglah dengan ibu bapa anda
Setiap ibu bapa tentunya mahukan yang terbaik untuk anaknya.Pasti ibu bapa anda juga tidak beranggapan
negatif terhadap seseorang
tanpa sebab.Tanyalah ibu bapa anda dengan baik dan sopan mengapa mereka tidak suka kekasih anda.Dengar dan ambil tahu setiap alasan yang ibu bapa anda jelaskan dan usahlah dulu membantah atau pun menidakkan apa yang mereka cakapkan.

Tanya kawan-kawan anda
Bercakaplah
dengan kawan-kawan atau sahabat karib anda dan meminta pendapat mereka mengenai kekasih anda.Jangan
berhujah dengan mereka dan dengar setiap apa yang mereka katakan.Sudah tentunya mereka
mempunyai pendapat masing-masing,dan jika
pendapat-pendapat mereka sama dengan alasan yang diberikan ibu bapa anda, maka tentu ada masalah
dengan kekasih anda yang mungkin tidak anda sedari.

Menilai masalah dengan hati dan fikiran terbuka Kumpulkan
maklumat yang anda telah
terima dan menilai satu persatu apa yang ibu bapa dan kawan-kawan
fikir atau katakan.Nilailah dengan hati dan fikiran yang terbuka serta ketepikan sementara hasrat dan keinginan cinta anda.Semasa melakukan penilaian ini,anda mesti menentukan sebab dan akibat yang akan timbul dari apa jua tindakan anda kelak.Ini kerana pada akhirnya andalah yang memutuskan sama
ada untuk meneruskan
hubungan atau tidak.

Menilai kembali perasaan anda
Anda perlu menentukan kenapa
anda sukakan kekasih anda dari mulanya. Adakah perasaan anda padanya itu kerana kes cinta pandang pertama? Adakah anda dimotivasi
oleh kawan-kawan untuk memiliki hubungan dengan seseorang? Adakah anda
merasakan bahawa anda perlu
mempunyai kekasih demi
"menyesuaikan diri dengan situasi semasa kehidupan anda"? Adakah ianya
semata-mata bercirikan keinginan seksual? Atau
adakah anda melihat diri anda akan berkahwin dan membina masa depan dengannya?
Tentukan dan nilailah dengan tepat apa perasaan anda padanya.Kenapa anda mencintainya.Anda
boleh menggunakan "sebab-sebab" yang anda tentukan untuk menilai sama
ada akan pergi jauh dengan
hubungan ini atau pun tidak.

Menilai sikap kekasih terhadap anda
Adakah kekasih anda melayan anda dengan baik,menghormati dan menghargai anda,atau dia
menganggap anda sebagai
"pendamping" dirinya? Adakah dia pernah menyakiti anda
secara fizikal mahu pun emosi? Anda perlu menilai keseluruhan sikap dan tingkah laku kekasih anda selama anda dan dia bercinta.

Setelah segala penilaian telah anda lakukan,maka buatlah kesimpulan mengenai situasi yang sedang anda lalui.Jika hubungan anda dan kekasih lebih menjurus ke arah yang positif,anda berhak mempertahankan cinta anda dan berusaha memujuk ibu bapa.Tetapi,jika ianya lebih ke arah yang negatif dan apa yang dilakukan oleh ibu bapa anda itu ada logiknya,maka anda seharusnya rela dan redha menamatkan hubungan anda dengan kekasih.

Ingatlah baik-baik,kita tidak harus
kehilangan hidup kita hanya
kerana kita jatuh cinta dan membina sebuah hubungan.Ibu bapa,keluarga dan kawan-kawan tetap sangat
penting bagi kehidupan kita.Hanya kerana bercinta, tidak bererti bahawa kita
mesti kehilangan itu semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet