3 Ciuman Isteri Buat Suami Mabuk Asmara
3 Ciuman Isteri Buat Suami Mabuk Asmara |
Dalam rumahtangga, kebiasaan memberikan ciuman kepada pasangan seharusnya menjadi rutin agar kemesraan dan keintiman antara suami isteri terus bersemarak setiap ketika.
Biarlah ciuman menjadi sesuatu yang sentiasa diinginkan dan ditunggu-tunggu antara suami isteri. Alasan kesibukan seharusnya tidak menjadi penghalang bagi suami isteri menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang melalui ciuman.
Samada suami atau isteri, jika benar sibuk dengan kerja, salah seorang ambil lah inisiatif dan carilah masa dicelah-celah kesibukan tersebut untuk menjadikan acara ciuman sebagai rutin dalam kehidupan rumahtangga anda.
Misalnya bagi seorang isteri, curilah sedikit masa sebelum suami berangkat ke tempat kerja dengan memberikan ciuman kerana ciuman dari seorang isteri boleh membuatkan suami mabuk asmara dan membuatkan perasaannya berbunga-bunga seterusnya menjadikan dia lebih bersemangat melalui hari-harinya dalam melakukan tugasnya.
Sebagai panduan buat para isteri, berikut ada 3 jenis ciuman yang mungkin boleh dijadikan amalan dan 'hadiah cinta' buat suami setiap hari.
1 - Ciuman Pagi
Ciuman pagi amat baik sebagai ciuman pembuka hari untuk anda dan suami mengeratkan lagi kemesraan. Berikanlah suami anda ciuman pagi yang penuh makna. Biasakan diri memberikan ciuman lembut disekitar keningnya, kemudian turun ke pipi dan seterusnya kebibirnya. Jadikanlah ciuman pagi sebagai ciuman pemberi semangat dan inspirasi buat suami yang dikasihi.
2 - Ciuman Nakal
Ciuman nakal adalah ciuman penggoda ghairah suami agar keintiman anda berdua terus erat dan mesra. Cara melakukan ciuman nakal amat mudah. Mulakan dengan ciuman biasa kebibir suami. Lepaskan pautan bibir lebih kurang 5 saat dan jarakkan sedikit bibir anda dengan bibir suami. Jaga jarak agar tidak terlalu dekat juga tidak terlalu jauh sambil mata anda merenung lembut ke mata suami. Kemudian sambung ciuman anda. Ciuman nakal juga ciuman yang berkesan untuk membangkitkan ghairah suami ketika permulaan 'foreplay'.
3 - Ciuman Di Leher
Leher adalah salah satu titik berahi pada tubuh lelaki. Jadi biasakanlah memberi ciuman kasih yang hangat pada leher suami. Ciuman di leher amat berkesan menggoda hati suami jika dilakukan secara kejutan. Misalnya ketika suami duduk berehat, tanpa dia sedar berilah ciuman lembut pada belakang leher sambil anda memeluknya dari belakang. Tentu suami anda jadi teruja dan berdebar-debar gelora cintanya dengan tindakan anda.
Sekian. Semoga 3 jenis ciuman ini akan menjadi panduan yang boleh digunakan sebagai amalan untuk mengeratkan lagi kemesraan antara anda dan suami. Semoga setiap rumahtangga yang ada akan sentiasa dilimpahi perasaan cinta yang kukuh dan berkekalan hendaknya.
Baca Juga - Teknik Ampuh Ciuman Terbaik
4 Ciuman Digilai Lelaki

Ulasan
Catat Ulasan
Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.