5 Tanda Cintamu Dusta

5 Tanda Cintamu Dusta - Spices Of Heart

5 Tanda Cintamu Dusta | Biar sudah berbulan-bulan bersamanya namun hatimu masih tertanya-tanya, seringkali diundang rasa keliru, apakah ini cinta? atau sekadar teman semata-mata?

Biasalah ini lumrahnya manusia. Kadangkala dalam soal cinta sukar sekali membezakan hati dan perasaan sendiri. Mungkinkah berteman kerana tak mahu sendiri? Mungkinkah berkawan sebab takut sunyi? Atau tak mahu menyakitkan hati orang yang meminati?

Memang keliru, kadang fikiran buntu, perasaan pun tenggelam timbul, mahu teruskan hubungan atau tidak. Jika ini situasi yang dihadapi. Ada baiknya cepatnya bertindak. Makin lama ditunggu makin celaru. Kalau bukan jujur cinta jangan sesekali diri dipaksa. Berpura-pura bukan caranya. Berdusta itu bawa bencana. Pasti nanti ada yang terluka. Pasti juga ada yang merana.

Kenali hatimu sendiri. Tetapkan perasaanmu. Ini 5 tanda cintamu dusta...

1 - Kerap Batal Temujanji
Dah berjanji, tapi bila sampai waktunya entah kenapa kerap membatalkannya. Tanpa dirancang sering saja ada alasan. Berada dengannya kadang-kadang rasa tertekan, bosan semacam. Menghindar diri lebih aman hati dan perasaan.

2 - Tak Nampak Masa Depan
Bertemu sekadar bertemu. Tiada perancangan tiada pun nampak masa depan. Sekadar buang masa tak tentu hala. Tak tahu pun apa ertinya hubunganmu. Terumbang ambing dalam keadaan yang sama. Niat hati nak bersama dengan orang yang benar-benar dicintai. Namun sebaliknya batin terus meronta-ronta. Pertanyaan demi pertanyaan - 'cinta atau tidak', sering melaung-laung di jiwa.

3 - Tak Merasa Bahagia
Dia melayanmu macam sang puteri. Tapi rasa macam biasa saja. Tak pun benar gembira dan bahagia. Hadiah dan pemberiannya malah rasa tak bermakna. Kadang bosan pun ada dengan kelakuan mesranya.

4 - Selalu Abaikan Pesanan Dan Panggilannya
Biasanya kalau couple, saling tertunggu-tunggu pesanan atau panggilan si dia.Ini tidak... Kadang tak tahu kenapa malas nak balas whatsappnya. Tak tahu apa nak cerita. Telefon berdering pun sampai voicemail perginya. Bingung nak berborak pasal apa. Macam berat macam bebanan pula hati nak melayannya.

5 - Banyak Berahsia
Lama kenal tapi banyak rahsiamu si dia tak tahu. Apa lagi keluargamu, karakter dan peribadimu sebenar disembunyikan darinya. Seolah tak penting seolah ada tuntutan untuk berpura-pura.

Bila situasi-situasi ini ada dalam hubunganmu, berterus-teranglah. Jangan sampai melukai hati si dia yang baik padamu. Mengecewakan orang lain akan membuat dirimu sendiri merana.

Semoga 5 tanda cintamu dusta menjadi pedoman untuk kita semua bercinta dengan tulus, dengan jujur,dengan setia dan berbahagia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet