6 Hal Unik Yang Disukai Lelaki Sebelum Berasmara

Spices Of Heart/

6 Hal Unik Yang Disukai Lelaki Sebelum Berasmara|Secara umumnya kaum lelaki memang mudah tertarik dan terangsang saat melihat wanita yang berpakaian atau pun bergaya seksi lagi menggoda.Tetapi ternyata ada hal-hal yang lain sebenarnya lebih disukai dan mudah membuat lelaki terangsang dalam waktu yang singkat.

Antara hal-hal tersebut,ada yang mungkin tidak pernah anda fikirkan sebelum ini.Jadi,jika anda wanita yang ingin memberikan asmara yang terbaik buat pasangan,apakata anda teliti 6 hal unik yang disukai lelaki sebelum berasmara yang telah disenaraikan dibawah..


1)Sikap Humor
-Asmara yang baik bukan hanya melibatkan hubungan fizikal semata-mata.Tetapi ianya juga bergantung kepada akal fikiran dan perasaan.Ketika ingin berasmara atau saat foreplay, dalam bicara anda cubalah selitkan sedikit humor yang melucukan.Atau cubalah lakukan inisiatif baru dengan mengajak pasangan memainkan permainan misalnya mainan daun terup dan lain-lain.Siapa yang menang harus diberi imbuhan oleh yang kalah seperti ciuman dan sebagainya.Tentu ini akan membuatkan suasana asmara anda berdua lebih bervariasi dan menyeronokkan.

2)Lingerie Berbeza
-Ramai wanita yang berfikir bahawa lingerie yang dikenakan haruslah yang terbaik dan cantik untuk memancing ghairah lelaki.Namun sebenarnya lelaki kadangkala amat tertarik saat wanita mengenakan lingerie yang sedikit janggal.Misalnya memakai bra dan underwear yang berbeza design/warna atau pun memakai gaun tidur yang berwarna kontras boleh membuat lelaki terpaku dan cepat terbangkit ghairahnya.

3)T-shirt/Kemeja Longgar
-Bukan lingerie saja sebenarnya yang boleh membuat wanita terlihat seksi di kamar tidur.Tetapi memakai t-shirt/kemeja longgar yang menyerlahkan sebahagian dada dan bahu juga boleh membuat pasangan anda terpana.Malah sesetengah lelaki berpendapat,melihat pasangan memakai t-shirt longgar nipis yang membayangkan bentuk tubuhnya membuat mereka lebih tergoda dan terangsang.

4)Penampilan Tak Terurus
-Bila dikamar tidur,tak semestinya anda harus berpenampilan cantik dan sempurna.Kebanyakan lelaki lebih tergoda melihat pasangannya berkeadaan sedikit tak terurus dengan rambut yang berantakan dan sedikit kusut.

5)Bicara Terbuka Tentang Seks
-Wanita seharusnya tidak merasa malu untuk berbicara tentang seks dengan pasangan.Tanyalah pasangan apa yang anda ingin tahu dan apa yang si dia inginkan saat anda berdua berasmara.Sambil berbicara,kucuplah dadanya,belai rambutnya atau duduk dengan manja dipangkuannya akan membuat lelaki cepat terangsang dan keinginan asmaranya meningkat.

6)Emosi Matang
-Tekanan kerja dan tugas seharian kadang-kadang boleh terbawa ke kamar tidur.Ini tentunya akan memberi kesan kepada asmara anda dan pasangan.Berlatihlah untuk peka dengan keadaan atau perasaan pasangan.Misalnya bila melihat si dia nampak berbeza,wajah yang terlihat muram dan kurang bersemangat,tanyalah dan bincangkanlah apa yang dihadapinya.Dia tentunya akan menganggap anda wanita yang prihatin dan menarik kerana tidak mementingkan kepuasan fizikal semata-mata.


Demikianlah 6 hal unik yang ternyata jarang sekali difikirkan oleh wanita akan menjadi kesukaan lelaki sewaktu ingin berasmara.

Semoga apa yang dipaparkan ini dapat membantu anda untuk menambah variasi baru dalam kehidupan seks anda dan pasangan.

Sekian.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet